Posts

MESYUARAT PENGIMPLEMENTASI SBUSM DI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KUALA PERLIS

Image
Satu mesyuarat tentang pengimplementasian SBUSM telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Kuala Perlis, SK Kuala Perlis. Mesyuarat ini dihadiri oleh guru besar, penolong kanan, dan beberapa guru dari lapan buah sekolah untuk Zon Kuala Perlis dan ahli projek SBUSM, iaitu Dr Tajul Aripin Kassin dan Prof Narimah Samat.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Shamsul Aripin, Guru Besar SK Kuala Perlis.                 Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkenalkan secara ringkas SBUSM dan menetapkan tarikh untuk Bengkel Penerapan SBUSM untuk guru-guru di Zon Kuala Perlis.  Selain itu, mesyuarat ini juga membincang mekanisma untuk pelaksanaan SBUSM di lapan buah sekolah yang terlibat. (sumber gambar: FB Tn Shamsul Ariffin)

Sistem Bacaan USM

Image
Sistem Bacaan Universiti Sains Malaysia (SBUSM) telah dibangunkan oleh Dr Tajul Aripin Kassin.  Sistem ini merupakan satu kaedah bacaan fonik. Ia dibangunkan bagi membantu memudahkan kanak-kanak membaca dengan lancar.  Selain itu, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang menghadapi masalah membaca gabungan huruf yang membentuk perkataan, tanpa mengira peringkat umur atau persekolahan. SBUSM dihasilkan melalui kajian Skim Geran Penyelidikan  Fundamental (FRGS) pada tahun 2005 dan Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS), Universiti Sains Malaysia pada tahun 2016.  Sistem ini diuji keberkesanannya di peringkat Tahun 1 hingga 3 sekolah rendah, kelas prasekolah dan kelas permulihan. Pembangun SBUSM, iaitu Dr Tajul Aripin Kassin, kini ialah ketua penyelidik bagi projek SISTEM BACAAN USM - SBUSM yang dibiayai oleh Pusat Transformas Komuniti Universiti, USM.  Ahli penyelidik lain bagi projek ini  ialah Prof Narimah Samat dan Dr Syed Zainal Ariff Syed Jama...