MESYUARAT PENGIMPLEMENTASI SBUSM DI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KUALA PERLIS
Satu mesyuarat tentang pengimplementasian SBUSM telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Kuala Perlis, SK Kuala Perlis. Mesyuarat ini dihadiri oleh guru besar, penolong kanan, dan beberapa guru dari lapan buah sekolah untuk Zon Kuala Perlis dan ahli projek SBUSM, iaitu Dr Tajul Aripin Kassin dan Prof Narimah Samat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Shamsul Aripin, Guru Besar SK Kuala Perlis. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkenalkan secara ringkas SBUSM dan menetapkan tarikh untuk Bengkel Penerapan SBUSM untuk guru-guru di Zon Kuala Perlis. Selain itu, mesyuarat ini juga membincang mekanisma untuk pelaksanaan SBUSM di lapan buah sekolah yang terlibat. (sumber gambar: FB Tn Shamsul Ariffin)