MESYUARAT PENGIMPLEMENTASI SBUSM DI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KUALA PERLIS
Satu mesyuarat tentang pengimplementasian SBUSM telah diadakan di Pusat Kecemerlangan
Pendidikan Kuala Perlis, SK Kuala Perlis. Mesyuarat ini dihadiri oleh guru
besar, penolong kanan, dan beberapa guru dari lapan buah sekolah untuk Zon
Kuala Perlis dan ahli projek SBUSM, iaitu Dr Tajul Aripin Kassin dan Prof
Narimah Samat. Mesyuarat telah
dipengerusikan oleh Tn Shamsul Aripin, Guru Besar SK Kuala Perlis.
Mesyuarat
ini bertujuan untuk memperkenalkan secara ringkas SBUSM dan menetapkan tarikh
untuk Bengkel Penerapan SBUSM untuk guru-guru di Zon Kuala Perlis. Selain itu, mesyuarat ini juga membincang
mekanisma untuk pelaksanaan SBUSM di lapan buah sekolah yang terlibat.
(sumber gambar: FB Tn Shamsul Ariffin)




Comments
Post a Comment