Sistem Bacaan USM

Sistem Bacaan Universiti Sains Malaysia (SBUSM) telah dibangunkan oleh Dr Tajul Aripin Kassin.  Sistem ini merupakan satu kaedah bacaan fonik. Ia dibangunkan bagi membantu memudahkan kanak-kanak membaca dengan lancar.  Selain itu, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang menghadapi masalah membaca gabungan huruf yang membentuk perkataan, tanpa mengira peringkat umur atau persekolahan.
SBUSM dihasilkan melalui kajian Skim Geran Penyelidikan  Fundamental (FRGS) pada tahun 2005 dan Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS), Universiti Sains Malaysia pada tahun 2016.  Sistem ini diuji keberkesanannya di peringkat Tahun 1 hingga 3 sekolah rendah, kelas prasekolah dan kelas permulihan.

Pembangun SBUSM, iaitu Dr Tajul Aripin Kassin, kini ialah ketua penyelidik bagi projek SISTEM BACAAN USM - SBUSM yang dibiayai oleh Pusat Transformas Komuniti Universiti, USM.  Ahli penyelidik lain bagi projek ini  ialah Prof Narimah Samat dan Dr Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin.





Comments